Tentang KH Kopi

KH Kopi ialah ekstrak rebusan herba yang dikeringkan dan dibotolkan bagi memenuhi tuntutan amalan memakan herba dan ulam-ulaman kepada cara yang paling mudah selari dengan peredaran zaman. Hanya pada nama, KH Kopi langsung tidak mempunyai kafein atau dibuat daripada biji kopi, tetapi dihasilkan dengan ekstrak 7 herba yang kaya dengan khasiatnya.
Dikilangkan oleh Bakti Ikhlas Enterprise, minuman ini membantu proses mencairkan dan membuang kekotoran di dalam badan, punca kepada berlakunya penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis (diabetes), batu karang, ghout, athma dan banyak lagi. Dengan mengamalkan KH Kopi, pengamal dapat merasai tindakbalas sepantas 24 jam apabila kekotoran mula dibuang melalui air kencing, najis, peluh, kahak atau hingus.
KH Kopi diperbuat daripada 100% herba, bebas kimia dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, NO SIJIL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA RUJUK (90) KKM 163/S/25JIL102. KH Kopi juga dianalisa secara saintifik di BIOCHEM Laboratories Sdn. Bhd, nombor rujukan C3769/2011.
Apakah Tindakbalas Selepas Minum KH Kopi?
Tempoh bertindak adalah berbeza berdasarkan penyakit atau faktor ketahanan badan pengguna. Kebiasannya, pengguna akan mengalami tempoh bertindak seperti berikut jika mengamalkan seperti etika dan panduan (klik untuk baca) yang disarankan.
-
Lebihan Gula (7 Hari)
-
Garam/Kolestrol (5 Hari)
-
Batu Karang (2-3 Hari)
-
Buasir (5 Hari)
-
Ghout (5 Hari)
-
Migrain (2-3 Hari)
-
Athma/Lelah (2-3 Hari)
-
Lelaki/Wanita Mandul (45 Hari)
-
Mata Kelabu (21 Hari)
-
Saluran/Injap Tersumbat (14 Hari)
-
Penyakit Kronik (14 Hari)
Kebiasannya, anda akan dapati anda akan cepat berpeluh, keluar bendalir daripada kelopak mata dan lawas kencing. Jika terdapat kesan sampingan yang lain, anda hanya perlu mengikuti tips yang diberikan seperti berikut:
-
Pening atau Loya
Toksid dan kekotoran berlebihan di bahagian tengkuk dan kepala serta usus perut. Banyakkan meminum air suam dan kurangkan dos pengambilan Teruskan meminum KH KOPI sehingga masalah selesai.
-
Sakit Sendi / Berbisa Badan
Toksid di dalam sendi keluar dan diganti dengan pengaliran darah. Teruskan meminum KH KOPI dan banyakkan minum air suam.
-
Gatal-gatal kulit/kemerahan
Kekotoran di dalam daging / tulang tidak dapat disalurkan ke usus kerana ianya terlalu banyak dan ianya keluar melalui liang roma kulit. Kurangkan dos untuk beberapa hari. Banyakkan minum air suam.
-
Muntah (Orang Lelah / Asma)
Kekotoran yang melekat pada paru-paru keluar (usus perut tidak dapat memproses disebabkan kepingan toksid menebal di paru-paru). Minum seperti biasa.
-
Keluar darah pekat/Lendir daripada alat kelamin wanita
Kekotoran di dalam rahim seperti senggugut dan keputihan dicuci keluar. Minum seperti biasa.
-
Keluar lendir dan kepingan berupa pasir/sampah dari kelopak mata
Glukos dan lendir dari saraf mata, otak dan kulit kepala berlebihan. Minum seperti biasa.
-
Keluar benda tajam seperti tulang ikan/selumar
Benda-benda kotor yang menebal pada usus besar keluar kerana tidak dapat diproses usus. Minum seperti biasa.
-
Kencing keluar cairan seperti darah dan berpasir kekuningan
Terdapat batu karang pelbagai peringkat. Tambahkan dos pengambilan dan banyakkan meminum air suam.
-
Sakit di sekeliling pinggang dan perut
Batu karang mulai pecah dan dalam proses keluar. Tambahkan dos pengambilan dan banyakkan meminum air suam.
-
Kandungan gula bertambah di dalam darah dan air kencing.
Kandungan gula yang berada di bawah daging bersedia untuk dibuang melaui kencing dan peluh. Kandungan gula akan berkurangan selepas beberapa hari. pembuangan kencing/peluh. Minum seperti biasa atau tambah pengambilan sekiranya tidak pening.
-
Bengkak-bengkak sendi jari-jemari
Asid urik pada sendi keluar dan akan dibuang dengan proses pengaliran darah di dalam tubuh. Minum seperti biasa.
-
Buang air besar keluar minyak / bau berlebihan
Terlalu banyak kolestrol di dalam tubuh. Minum seperti biasa.
-
Badan terasa letih /mengantuk
Toksid, kolestrol, glukos dan angin kotor terlalu banyak dicairkan. Minum minuman manis. Jangan dikurangkan garam dalam makanan. Teruskan meminum KH KOPI.
-
Sendawa berlebihan.
Angin kotor keluar kerana liang roma belum terangsang dan usus perut mula mengepam keluar kekotoran badan. Minum seperti biasa.
Apakah Pantang Larang Sebelum Meminum KH Kopi?
-
Wanita mengandung dilarang meminumnya kerana kandungan bunga pakma mengecutkan rahim serta KH Kopi mencuci semua kekotoran didalam tubuh badan kita.
-
Dilarang meminum melebihi 4 cawan sehari kerana kemungkinan gula dan kolestrol akan terbuang berlebihan.
-
Tidak perlu berpantang dalam makan atau minum selepas 10 hari berterusan meminum KH Kopi kerana kemungkinan glukose dan kolestrol akan berkurangan dengan banyak.
-
Boleh di minum dengan pelbagai minuman. Kepada yang bermasalah pembuangan najis, minum dengan air buah-buahan, air asam jawa atau limau nipis dan perlu dicampur sedikit garam.